Wednesday, April 1, 2009

Kata-Kata aluan dari Meja Pengarang (SUPI G7)



Kita mulakan bicara dengan nama Allah tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Apabila melihat beberapa Ikhwan dan Ikhwat G7 yang mempunyai beberapa blog sendiri, kami teruja untuk menghasilkan sebuah blog khusus untuk G7. Jadi, kiranya sudah masanya. Kami memilih ungkapan “7th Generation IPUKL” ini untuk memperkenalkan Generasi 7 dan blog G7.


G7 merupakan akronim kepada satu generasi dalam banyak-banyak generasi ipukl. G7 adalah pada asalnya bermula dengan batch pertama yang telah melalui sebuah proses tarbiyah yang mantap dan terkawal. Begitulah juga, setelah kehadiran batch kedua yang mewarisi bekalan para mujahidin dan mujahidat, membuatkan keluarga G7 semakin bertambah besar dan besar. Adapun G7 sekarang sudah kian dewasa dan kukuh. Kalau dahulu “Chain mesej”, kemudian “Friendster Group”, akhirnya kini sebuah blog G7 terhasil.


Blog G7 ini mempunyai suatu cita-cita untuk menyatukan generasi G7 dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH. Sebagaimana G7 digerakkan oleh beberapa Syu’bah iaitu Syu’bah SUTRA, Syu’bah SUPI, Syu’bah SUQIS dan Syu’bah SUKU. Masing-masingnya mempunyai skop tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh para G7. Keahliannya pula adalah untuk sesiapa sahaja yang pernah belajar di UKMKL dan berbai’ah dan beragama Islam, sebagaimana pernyataan dalam media rasmi G7, Friendster Group G7 - “Only for those yg berbai'ah and establish as a member of Generasi 7 IPUKL”. Generasi 7 adalah generasi yang paling “happening” dan paling “best” adalah ungkapan yang mengambarkan G7 itu sendiri. Ini kerana G7 dimantapkan dengan pelbagai aktiviti dan program untuk ahli-ahlinya merangkumi setiap sudut iaitu Ukhwah, Tarbiyyah, Politik, Dakwah, Baitul Muslim dan Perjuangan.


Kami berharap supaya G7 terus mengorak langkah memperkasa gerakannya, menjadi wadah kesinambungan ukhuwwah generasi G7 secara lebih efektif ke arah membina kesatuan generasi rabbani dalam menggapai visi dan misi yang dihajati. Mudah-mudahan, G7 secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi G7 dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta.


Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar. Ingatlah, "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya". Dan berpegang teguhlah sekalian kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yg bersaudara Surah Ali Imran : 103.


Cuma sedikit peringatan kepada para G7 yang bakal bergelar bloggers. Tetapkanlah tujuan & matlamat semua dalam menulis dan membaca blog G7 ini:

Pertama, Kita menulis kerana Kita mengajak kepada jalan Allah yang lurus. Kita mesti bangga menjadi seorang muslim yang mengabdi diri pada tuhan yang kesempurnaan mutlaq adalah milikNya.

Kedua, Kita menulis bagi memberi pilihan terbaik di hadapan pelbagai pilihan lain yang kita fikir seperti hanya menyuluh ke lorong mati atau menyuluh tanpa cahaya atau mendorong ke arah yang lebih gelap.

Ketiga, Kita menulis untuk membaiki ke arah yang lebih baik terutama untuk setiap perihal agama yang Kita dukungi. Kita menyiram dan kita mungkin membakar di sini. Ingatlah abu itu boleh jadi baja yang baik.

Keempat, Kita menulis untuk mengupas dan menjawab persoalan - persoalan semasa yang dinantikan jawabannya dari sudut pandangan Islam.

Kelima, Kita menulis untuk menanti komentar yang baik - baik dan mungkin pedas panas untuk membantu meningkatkan ilmu dan pandangan hidup kita.

Itu tujuan Kita menulis.

Adapun matlamatnya, Kita mengharap keredhaan Allah untuk kita dan kita diiktiraf Allah sebagai tokoh yang membawa manusia kepada keredhaanNya. Itulah impian kita.

Terima kasih. Semoga Allah merahmati setiap penjunjung kebenaran dengan hidayat dan keberkatannya.


0 comments: