Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 22, 2009

Assalamualaikum wbt.

Meeting sulung tanzim G7 bersama Mas’ul dan Mas’ulah.

Masa: 9.00 am

Tempat: Restoran Syazana, Kg Baru, Kuala Lumpur.


Kehadiran:

Anas (Pengerusi majlis)

Azhan

Haniza

Hirzi

Hanis mastura

Zawani

Azura


Tidak hadir:

Hairul nizam (dengan sebab)

Amir (dengan sebab)

Aida

Hafizah

Hidayah


Meeting dimulakan dengan ummul kitab Al-fatihah oleh tuan pengerusi dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli g7 yang hadir. Meeting ini diadakan bagi membincangkan halatuju g7 bg sessi kali ini dan program2 yg akan dijalankan selain meraikan pemergian sahabat kita Hanis Mastura. Beliau akan menyambung pelajaran ke Leeds, UK selama 3tahun dan akan berangkat pada 28 november 2009. Semoga beliau selamat pergi dan pulang dgn gelaran Dr. Ameen.


Perkara @ agenda.


1. Halatuju dan objektif g7 (saudara Azhan)


G7 yg diterajui oleh saudara Azhan kali ini menitikberatkan perkara asas dalam jemaah iaitu UKHWAH. Jalinan yg sedia ada ini perlu dipertingkatkan kerana terdapat sedikit sebanyak kecacatan dlm berukhwah. Perselisihan paham setiap kali perjumpaan harus di’hazaf’kan sama skali. Kerana inilah yg akan menjadi barah dalam ukhwah sekaligus menjadi penyakit kepada jemaah. Ukhwah hendaklah dibina di atas satu landasan akidah yg sama dan dipertingkatkan dengan niat mendapat keredhaan Illahi. Program g7 selepas ini adalah berniat utk memperkukuhkan ukhwah, bukan menjadi medan penyebaran barah. Selepas setiap program, perlu diadakan slot muhasabah supaya tidak ada yg terasa hati dan memendam rasa.


Disamping itu, aspek tarbiyah tidak dilupakan oleh pimpinan kali ini dengan mewujudkan siri2 usrah dalaman mengikut ‘region’ (zon). Juga, setiap program g7 akan diselitkan slot ukhwah dan tarbiyah.


2. Ukhwah chain


Ukhwah chain (UC) akan diupdate dan diubah utk kemaslahatan bersama. Selain itu, ianya akan memudahkan UC sekiranya program region diadakan tanpa melibatkan UC region yg lain.


Ianya dibahagi kepada region

BORNEO (KETUA: DAYAH)

PANTAI TIMUR (KETUA: AZURA)

UTARA (KETUA : HANIZA)

CENTRAL (KETUA : AZHAN)

SELATAN (KETUA : HANIM)

LUAR KAWASAN (HANIS, FITRI, EPUL)


Senarai ahli yg berada di region2 berkenaan akan diupdate oleh SUKU (hairul dan aida)

Dan, kaedah UC terbaru akan diwar-war kan oleh SUKU dalam masa terdekat.


Masalah:

-Ahli g7 yg ‘mandom’ akan dipanggil semula untuk menentukan status mereka melalui SKIM PERGI ATAU KEMBALI.

-database medic g7 tiada (TINDAKAN : SUKU)


3. Program


-Gathering terdekat dicadangkan pada 28 Disember 2009. (TINDAKAN : SUKU)

-Usrah berkala mengikut region. Kekerapan usrah dibincangkan oleh sutra. (TINDAKAN : SUTRA)

-Program ‘service to public’ akan diadakan bagi memainkan peranan g7 terhadap masyarakat.

Tanggungjawab social ini menjadi satu langkah awal untuk menjadikan g7 sebagai NGO..(wahhh)

Cadangan untuk menghantar nasi bungkus dan sedikit pengisian ke Rumah Anak Yatim sekitar Selangor

-menganjurkan bengkel seperti “bengkel pengurusan kewangan”



Detail serta perincian akan diupdate dari masa ke semasa.


Regards,

S/U

Saturday, November 7, 2009

MODE :IKLAN...

"Darah qurban yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa kita yang telah lalu"


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tahun-tahun lepas, sekali lagi Jariah Agro Farm (JAF) (dahulunya bergerak tanpa syarikat) menjemput tuan-tuan, puan-puan untuk menyertai Skim Ibadah Qurban Jariah Agro Farm yang mana kami menawarkan haiwan qurban seperti lembu, kambing, biri-biri dan kini unta*.

Haiwan qurban boleh dibawa ke tempat tuan-tuan ataupun disembelih di tempat kami. Kami memberi pilihan kepada tuan-tuan yang mana daging qurban yang telah dilapah dan dibahagi kepada 7 bahagian diambil ditempat kami atau kami diamanahkan untuk mengagihkan daging tersebut ke rumah anak yatim dan fakir miskin sekitar Selangor.

Antara haiwan qurban dan harga yang kami tawarkan:

Lembu : RM 2300-Rm3000 seekor @ RM350 satu bahagian

Kambing : RM 630

Biri-biri : RM 630

Unta* : RM 4200 seekor @ RM 600 satu bahagian

*Unta hanya akan dijalankan di Bumi Anbiya' Mesir melalui wakil kami di sana. Gambar akan diberi kepada tuan-tuan sepanjang proses qurban.

Kami juga menerima tempahan qurban (kambing dan biri-biri) di Mesir sekiranya tuan-tuan berminat. Daging qurban akan diagihkan ke fakir miskin dan fi sabilillah di sana. Tahun depan insyallah Skim Ibadah Qurban JAF akan melebar ke Kemboja sebagai negara ke2 selepas Mesir Bumi Anbiya'. Sebarang pertanyaan sila hubungi Anas (013-2003482)