Sunday, April 19, 2009

Demi Usrah...Muslimin di HPA

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian (RadiyaL lahu’anhum Ajma’in).

Sedikit “Review” Mengenai Buku Usrah Fiqh Al-Sirah Jilid 1 - Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti

Kajian mengenai Fiqh Al-Sirah Al.-Nabawiyyah ini, merupakan satu pentafsiran Sirah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam yang telah bahagikan kepada beberapa Jilid. Kita sebagai pembaca akan tersua banyak akan kandungan penting semasa menatapi buku ini dan ia telah dimudahkan dengan tiga pembahagian secara berikut:


Bahagian pertamanya yang banyak memaparkan muqaddimah yang merupakan bab yang semestinya dikuasai oleh pengkaji Fiqh Al-Sirah iaitu:

1. Peranan kajian Sirah Rasul dalam memahami Islam.
2. Sumber-sumber Sirah Rasul.
3. Rahsia pemilihan Semenanjung Arab sebagai tapak kelahiran Islam.
4. Muhammad (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) Nabi terakhir bagi segala Nabi dan hubungan seruannya dengan seruan seruan langit yang terdahulu.

Selepas muqaddimah ini disusuli dengan bahagian ke-2, yang mengandungi kajian penghidupan Nabi SallahLlahu ‘alaihi Wasallam mulai dan kelahiran hingga pengutusan baginda.

Bahagian ke-3 pula merangkumi kajian dan Fiqh Al Sirah Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mulai dan pengutusan hingga penghidupan baginda menetap di Madinah Al Munawwarah. Akan tetapi tidaklah sehingga menyentuh mengenai Fiqh Al Sirah Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ketika penghidupan di Madinah sehingga kewafatan baginda ke RahmatuLlah.

Kenapa buku ini dipilih? Adalah kami merasakan pentarbiyyahan yang terbaik dan bentuk mengislahkan diri yang sebenar-benarnya adalah dengan bersumberkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasullulah sendiri. Mengikuti sirah nabi dan perkembangannya secara langsung akan membantu dan mendekatkan kita kepada apa yang kita ingin, iaitu jiwa yang subur iman dan jalan yang di redhai Allah.InsyaAllah.

Skema usrah muslimin adalah lebih santai tetapi penuh bermanfaat, ringan tapi berinformasi, mudah tapi terisi pengamalan. Hinggalah modul-modul semulajadi melibatkan ukhwah, amal-jamaie dan politik terjalan dengan sendiri sesama ahli usrah. Perjalanan usrah akan sentiasa dimulai dengan bacaan al-maathurat secara berkumpulan dan kebiasaannya dipimpin oleh Murabbi G7 sendiri. Dan selepas bacaan doa al-maathurat, naqib akan meminta sekalian yang hadir untuk mengulang ayat hafazan usrah secara berkala iaitu Surah Al-Fatihah, surah Al-muzammil, surah Al-waqiah dan lain-lain.

Selain itu, sebelum memulakan usrah melibatkan pengkajian buku fiqh As-Sirah, masing-masing yang ditugaskan untuk membentangkan apa-apa tugasan, berupa tafsir ayat-ayat hafazan atau soal-soal yang berkaitan dalam buku fiqh As-Sirah, terlebih dahulu akan melakukan pembentangan di hadapan semua. Setelah itu barulah perbincangan buku Fiqh As-Sirah dimulakan. Dengan penelitian dari ayat ke ayat, baris ke baris dan perenggan ke perenggan, sehinggalah muka surat dan habis satu bahagian jilid 1 ini insyaAllah. Akhirnya, last but not least, istiqamah dalam beramal, dan biasanya produk-produk keluaran HPA biasanya menjadi pilihan untuk dijadikan santapan iman dan fizikal agar setiap hadirin usrah terus segar dan bertenaga.

Harapan muslimin terhadap usrah muslimin ini adalah semoga gaya hidup, perjalanan dan perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad sentiasa menjadi pilihan untuk para sahabat G7 ikuti dan sunnahi. Dari soal pemakanan, cara makan, cara bergaul, bekerja, berukhwah, berpolitik sehinggalah ke peringkat baitul muslim adalah mengikuti ajaran nabi. Dan insyaAllah, semoga usaha kita dan sahabat kita, ayahanda dan ibunda kita, keluarga dan taulan kita dan usaha naqib-naqibah kita dan guru-guru sehinggalah akhir sekali usaha penulis buku ini mendapat keredhaan Allah S.w.t dan menjadi skim pelaburan yang menguntungkan kita di hari akhirat nanti insyaAllah.

0 comments: