Monday, April 13, 2009

Masih kah??

Assalamualaikum w.b.t.

“masih relevan kah SUPI dalam tanzim G7?”


Persoalan yang diutarakan semasa LIQUK tempoh hari. Walaupun ana xhadir dalam liqa’ tersebut, tapi laporan yang ana terima dari sahabat-sahabat yang lain memaklumkan perkara ini. Malangnya, dalam laporan rasmi LIQUK tidak dinyatakan hal ini. Ana sebagai Rois yang diberi amanah untuk mengemudi Syu’bah SUPI memohon maaf sekiranya syu’bah ini tidak berjalan seperti yang diharapkan sehinggakan mencetuskan persoalan seperti di atas dikalangan sahabat-sahabat semua. Maaf juga sekiranya CD interaktif G7 yang nampaknya ditunggu-tunggu oleh semua tidak dapat disiapkan sejurus selepas majlis graduasi yang lepas. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kekangan masa Rois dan Roisah dalam aktiviti harian. Juga kekurangan tenaga pakar dalam hal IT.


Namun begitu, kemunculan blog rasmi G7 (suka hati je declare ‘rasmi’) ini mungkin dapat memadamkan persoalan di atas tadi. Ini adalah bukti yang mana SUPI masih relevan dalam tanzim untuk menyampaikan sebarang maklumat mahupun perkongsian ilmu. Blog ini dikelolakan oleh SUPI secara rasmi dan dibantu oleh Setiausaha Kehormat G7. Sebarang post dalam blog ini adalah tanggungjawab orang-orang yang memegang jawatan ini (sekiranya berlaku perubahan tanzim). Dan ana juga menjemput kepada sahabat-sahabat yang lain untuk menyumbang post-post yang bermanfaat untuk tatapan para pembaca.


Walaupun kita juga mempunyai Friendster Group yang banyak membincangkan hal-hal dalaman, kehadiran blog ini juga adalah menjadi satu wadah dan method dakwah selain untuk mencoret sebarang aktiviti-aktiviti G7 yang berjalan untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Mungkin ada yang bertanya,

“kenapa SUPI tidak menerbitkan buku ilmu, flyers, atau info-info kepada ahli G7 melalui hard copy (kertas)?”

Perkara-perkara di atas mungkin relevan semasa kita masih di kampus yang mana kita sering berjumpa untuk liqa’ dan sebagainya. Mudah untuk diedarkan. Tetapi, masa terus berlalu dan masing-masing bertebaran di muka bumi Allah ini untuk bekerja, sambung belajar dan sebagainya. Malah, ada sampai ke negara seberang dan ini menyukarkan untuk penyampaian maklumat. Jadi, memikirkan semua ahli mendapat capaian internet dimana-mana sahaja, transformasi penyebaran maklumat dari kaedah konvensional kepada kaedah teknologi hujung jari. Selain dari itu, kaedah ini juga dapat dikongsikan bukan sahaja dikalangan ahli, malah seluruh para pengunjung blog. Juga, infomasi G7 bukan hanya bersumberkan dari SUPI semata-mata, tetapi dari semua ahli dan syu’bah-syu’bah yang lain.


Seperti di dalam post sebelum ini, blog G7 ini mempunyai suatu cita-cita untuk menyatukan generasi G7 dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.


Dengan itu, ana mengharapkan sokongan dan dokongan dari sahabat-sahabat untuk memeriahkan lagi blog rasmi G7.


Best regards,
Anas Alnasrie
Ida Kartini
Syu’bah Penerbitan dan Informasi G7

0 comments: