Saturday, September 26, 2009

Perutusan AidilFitri Generasi Tujuh

Perutusan AidilFitri

Syukur ke hadrat Allah kerana berjaya kita menempuh dan melalui bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Ramadhan adalah sebagaimana misalan Tuan guru Haji Nik Aziz, adalah ibarat bulan bengkel dimana untuk kita menukar dan membaiki nafsu-nafsu yang ada dalam diri masing-masing. Dan sungguhnya di sepanjang ramadhan yang mulia ini, tentulah tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)

Ketakwaan ini akan membawa kita untuk terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini. Sesungguhnya kejayaan kita yang sebenar bukanlah sahaja kejayaan didunia malah kejayaan di akhirat yang kekal abadi.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (maksud al-Ahzab: 71)

Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika. Kita semua ahli generasi tujuh, generasi pemangkin rabbani perlulah terus menerus mempertingkatkan pengabdiaan diri kepada allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi menegakkan laungan islam yang dicintai.

Dan seharusnya diingatkan oleh setiap peringkat ahli, Generasi 7 sebagai sebuah entiti jemaah yang masih sedang menapak di dalam umurnya, seharusnya perlulah diberi banyak ruang dan peluang untuk ia mencapai dan menggarap kejayaannya tersendiri. Seingatnya momentum ukhuwah yang dimiliki dan hadir dalam setiap diri generasi 7 selama haruslah dimaksimakan sepenuh dan seoptimumnya dalam menjadikan ia suatu titik tolak kekuatan dan titik pertukaran generasi 7 lebih terkehadapan dan berjaya lagi. Walaupun demikian, jelasnya hakikat ukhwah yang dimiliki oleh generasi rabbani ini, perlulah juga sentiasa dimuhasabah dan dinilai semula dalam konteks untuk menghasilkan ukhwah yang lebih mantap dan terpuji.

Begitu juga dalam konteks pembaharuan keupayaan tarbiyah dan dakwah, seharusnya para generasi rabbani tidaklah hanya mengharapkan dan masih mengenangkan zaman-zaman di universiti yang diberikan latihan-latihan rohani yang berkala dan tersusun. Tetapi kini, diharapkan para generasi rabbani yang kini masing-masing sudahpun berkarier dan berjawatan, seharusnya untuk tidak melupakan diri dan terlalai dalam membina jati diri tarbiyyah diri masing-masing semampu yang upaya, walau dimana kita berada dan bertugas. Sesungguhnya kehidupan hari mendatang amat mencabar, maka lengkapkan lah diri kita dengan ilmu-ilmu agama selain mengejar dunia yang sementara. Dan ingatlah bukan sahaja kejayaan dunia yang diingini malah yang lebih penting dan utama adalah keredhaan dan kerahmatan Allah diakhirat.

Akhirnya, saya menyeru supaya kita setiap ahli untuk menjadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkat hubungan baik dengan sesama ahli dan masyarakat sekeliling. Jadikan juga Syawal ini adalah masa untuk bermaaf-maafan sesama ahli kerana dalam kita berukhwah dan bersahabat tiada semua yang benar-benar sempurna, marilah kita sama-sama memaafkan kesilapan dan kesalahan sahabat-sahabat kita, lebih–lebih lagi sahabat yang terdekat dengan kita. Kesilapan yang mungkin timbul daripada salah faham, kesilapan dan kekurangan masing-masing. Semoga kita semua berlapang dada tidak sekadar dimulut malah menterjemahkannya dihati-hati kita.
Dan saya mulakan dengan diri saya sendiri, Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin..tidak kira untuk semua muslimin dan semua muslimat G7 yang ada. Diharapkan semoga Allah memberkati perhubungan kita semua. InsyaAllah. Amin.

Sunday, September 13, 2009

Laporan Muktamar

“ Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih”

LAPORAN MUKTAMAR KALI KE-3 GENERASI 7, IPUKL

14 OGOS 2009 bersamaan 23 Sya’aban 1430H

Jalan Pahlawan 6, Selayang @ rumah intan

_______________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pujian bagi Tuhan sekalian alam,selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW. Sekali lagi G7 dapat berkumpul bagi melaksanakan muktamar untuk pertukaran jawatan yang telah disandang oleh pimpinan terdahulu dan akan digantikan dengan pimpinan baru. Tahniah dan syabas kepada pimpinan lepas diatas komitmen dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan. Muktamar dijalankan pada 14 ogos 09 di rumah Intan tepat pada jam 6 petang. Kehadiran yang agak memberansangkan merangsang kehangatan muktamar selain bertemu dengan sahabat2 yang sudah lama tidak bersua sekaligus mengeratkan tautan antara hati-hati ahli G7. Kesempatan ini, G7 mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada sahabat2 yang berkonvokasi pada keesokan harinya 15 ogos 09.


Seusai solat magrib, terdapat sedikit pengisian sementara menunggu kehadiran sahabat2 yang lain dan azan isyak. Sessi muktamar dijalankan selepas solat isyak dan selepas jamuan makan yang disediakan oleh tuan rumah. Dipengerusikan oleh saudara Azhan, muktamar berjalan dengan penuh tenang dan disusuli oleh pembentangan oleh setiap syukbah. Dimulai dengan SUQIS, SUTRA, SUPI dan akhir sekali SUKU. Oleh sebab kekangan masa, sessi pembentangan terpaksa dihadkan dan sebarang soal jawab dijawab dengan penuh ringkas.


Dengan rasminya, pimpinan G7 sessi 2007/2009 meletakkan jawatan masing-masing dan sidang muktamar mencadangkan nama-nama pencalonan untuk tanzim yang baru. Demikian dibawah ini hasil komentar dan keputusan sidang muktamar untuk jawatan2 yang dilantik. Namun begitu, setiap Rois dan Roisah setiap syukbah akan dibincangkan oleh saf pimpinan baru dalam masa terdekat dan akan diumumkan kemudian. Diharapkan sahabat2 dapat menerima taklifan yang dipertanggungjawabkan dan menjalankan amanah dengan baik demi tertegaknya Islam di muka bumi juga demi menyuburkan sinar iman di hati-hati kita.



tanzim baru G7 sesi 2009/2011


Mas’ul : Azhan
Timb. Mas’ul : KIV

Masulah : Nurul Haniza

Timb. Mas’ulah : KIV

S/u : Anas
Timb. S/u : KIV

Bendahari : Ida Kartini Othman (lantikan terkini)
Timb. Bendahari : KIV

SUTRA
Rais : KIV
Raisah : KIV

SUKU
Rais : KIV
Raisah : KIV

SUPI
Rais : KIV
Raisah : KIV

SUQIS
Rais : KIV
Raisah : KIV

Insya'Allah..semoga saff kepimpinan G7 sesi ini, lebih proaktif,produktif & istiqamah :)

Diharapkan semua g7 dapat menerima taklifan yg diberikan dgn sabar & ikhlas..

Dengan izinNYA, G7 akan tetap menjadi sebuah keluarga bahagia dalam keluarga besar IPUKL dlm meneruskan kesinambungan perjuangan di luar kampus & di alam kerjaya..

Ana, dengan merendah diri melafazkan ucapan terima kasih kepada ahli2 G7 yang sudi hadir ke muktamar dan tidak lupa juga kepada tuan rumah yang menyediakan tempat dan makanan kepada sidang muktamar. Tali ukhwah G7 dibina diatas kesefahaman antara satu sama lain. Berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku disamping memperbaiki kekurangan. Semoga semua dilimpahi nikmat dan rahmah dari Tuhan Sekalian Alam dan semoga nikmat Islam dan Iman sentiasa mekar di sanubari semua.



Makluman:

Untuk sebarang aktiviti yang membabitkan J sekarang ini, chain mesej tidak akan berubah dalam masa terdekat ini...harap maklum.. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak..


Dari meja setiausaha kerajaan,

Tingkat 14, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,

Shah Alam, Selangor


s.k. – Mas’ul G7

- Setiausaha G7

-Ahli G7

Thursday, September 10, 2009

KJ seorang pelakon




regards,
Alnasrie

Tuesday, September 8, 2009

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction
(Idea asal daripada artikel Ustaz Hasrizal)



Assalamualaikum wbt para penonton,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.


Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.


Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.
Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.
Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


Jazakallah


Wassalam
Muslim Soccer Fan.

Wednesday, September 2, 2009

KISAH 3 SAHABAT
By : Nur Syazliana Zainal
http://isis165.ning.com/

Editor : hafizah_physio

Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksigen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.

***********
Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.

Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.

Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.

Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!
***********

Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.

“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.

“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.

“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis!!

Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu .Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.

Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat kawan kita kat bawah tu, Si Usus Besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah.... . ”.

“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 335 hari tanpa henti , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Lepas tarawih kang ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.

“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!

“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.

“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.

“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.

“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.

“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.

Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?

“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.

“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli

"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.

“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.

“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli..

“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.

“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.

Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.

Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!

“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.

“ Yalah, aku pun ada tenguk, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.

“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu.

Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".

Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!

Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.

“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asid.