Sunday, May 17, 2009

Bersama Kepimpinan Ulamak

Assalamualaikum..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga apa yang ku tulis ini, tidaklah menjadi fitnah kepada diriku, sahabatku dan agamaku. Ini kerana aku hanyalah insan biasa, lemah dan hina. Masih bertatih di dunia penulisan. “ AKU BANYAK TAK TAHU WALAUPUN AKU TAHU TAPI TAK MACAM TU...SEBENARNYA, AKU TIPU!! bait-bait puisi ini yang lemah gemalai sering dan terus sering memerangkap hatiku dan mengundahkan fikiranku setiap kali untuk mula menulis . Semoga Allah tuhan ku, mengampuni dosa-dosa ku dan para sahabat pembacaku.

Duhai sahabatku,
Penting untuk ku katakan disini, kita semakin hari semakin lalai dari perjuangan kita yang sebenamya. Walaupun mungkin ada dikalangan kita yang tidak mungkin bersetuju dan menyangkal pendapat ku ini, tapi itulah hakikat pendapat peribadi ku ini. Semakin hari semakin usia kita mula bertambah, kamu semakin tua dan aku semakin tua. Namun jiwa dan kehendak kita sentiasa bertambah muda dan muda. Keinginan untuk menempuhi gerbang perkahwinanan juga kadang kala lewat membawa kita kearah kealpaan. Lagha dan asyik membuai-buai perasaan kita. Usah kata dibius cinta, diracuninya juga mungkin kita sudah. Namun begitu aku yakin, dan aku cukup yakin, bahawa para sahabat disini masih bisa. Masih bisa untuk mengawal diri dan menjaga diri. Tarbiyyah islamiyyah yang dimiliki senantiasa tersemat dihati, akhlak karimah yang diwarisi dari junjungan besar nabi sentiasa tertonjol di perwatakan para sahabat. Ukhwah ubudiyyah yang dimeterai, menjadi sempadan dalam diri kita semua. Oleh itu apa aku harap para sahabat tidak terasa hati atas pendapat ku ini, kerana adanya ia benar ataupun salah sama sekali. Cukuplah sahabat mengetahui aku sebenarnya berbangga dengan perhubungan kita, semoga nasihat dan teguran sesama kita menjadi satu identiti penting pada generasi kita.


Duhai sahabatku lagi,
Ukhwahh kita seharusnya dikatakan mantap dan paling Berjaya dikalangan generasi. Kukuh dan padat dengan kecintaan sesama kita. Sehingga ada antara generasi banyak yang memperkatakan keakraban ukhwah G7, cukup MANTAP dan cukup MANTOP. Tidak kurang dengan pelbagai aktiviti dan idea-idea yang pelbagai, untuk merapatkan lagi tali ukhwahh dan silaturrahim G7. G7 umpama bagai satu tali yang kukuh, tersimpul di bawah simpulan akidah yang erat, andai ada sebahagian lain mula terurai, pasti akan ada bahagian yang mengetatkannya balik. Itulah ukhuwah G7, ibarat secangkir manisan madu, senipis helaian kertas dan seberkas mangkuk yang cantik. Dan masih…G7 seolah-olah seibu dan sebapa, seolah–olah satu keluarga, masing-masing sahabat mengenali keluarga yang lain, dan masing-masing keluarga yang lain mengenali sahabat yang lain. Hebat dan cukup mengharukan, perhubungan ini. Tarbiyyah dan dakwah sentiasa berjalan, samada untuk diri atau sahabat. Semuanya berantaian dan saling mengikat antara satu dengan yang lain. Semoga ia berterusan hingga ke generasi anak-anak dan keturunan kita. Kunjung-mengunjungi, liqa’ demi liqa’ serta riadah dan muhasabah sentiasa berterusan. Jika..andai jarak dan masa menjadi penghalang, kemajuan teknologi menjadi pilihan. Kini blog dan Friendster group sering dilawati dan dimanfaati. Perbualan ‘YM” juga sentiasa ter “online”. Maaf..adapun FACEBOOK dan MY SPACE, ada yang menggunakan, namun tidak aku,…(huhuhu, x pandai main). Huhuhu..kecewanya.

Seterusnya sahabat, Namun begitu disebalik banyak mata yang mengkagumi ukhwah dan kekeluargaan g7, ada juga yang menyatakan kebimbangan terhadap ukhwah ini. Ukhwah kita keterlaluan, keringanan muamalat muslimin dan muslimat kurang terjaga, tarbiyyah dan akhlak kurang tersemai. Kenapa begitu? Apakah ini benar? Mungkin…ia betul dan mungkin…juga tidak betul, Namun sudah lumrah kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Cuma yang demikian, kita para sahabat tak usah melenting dan emosi dalam soal ini. Cubalah kita melihat dalam kebenaran dan keimanan. Andai kita salah, maka kita akuinya dan pulang ke pangkal jalan. Andai kita yakini kita benar, maka berpeganglah dengan apa kita lakukan segenggam mungkin. Pertahankan lah dan berhujahlah dengannya. Kenyataan ini bukanlah untuk mengatakan permusuhan atau kebencian bukan juga untuk mengiyakan apa yang kita lakukan selama ini adalah benar dan terbaik. Setiap manusia memandang dari sudut yang berbeza, juga setiap manusia mempunyai kefahaman yang berbeza. Apa yang harus kita lakukan ialah kita raikan setiap pendapat dan teguran, ambil yang terbaik dan ubah lah yang silap. Terima seadanya dan jangan berkeras dan berkecil hati. Semua teguran dan pandangan adalah bermanfaat.

Begitulah duhai sahabat,
Muhasabahkan kembali, jiwa dan diri kita. Setiapkali bersama, apakah kita yakin dan tulus dengan ukhwahh ini. Benarkah kita benar-benar mengasihi para sahabat, benarkah kita mengambil berat akan diri masing-masing. Atau kita hanya ingin melepaskan dari persoalan tanggungjawab yang bakal ditanya akan kita suatu hari nanti. Jadikan lah ukhwah ini adalah satu amanah..dan tunaikan lah amanah ini setulus mungkin. InsyaAllah, segala usaha kita akan diberkati. Merapatkan ukhwah adalah sesuatu perkara yang mudah, tetapi untuk mencipta sesuatu ukhwah itu memerlukan cabaran serta pengorbanan. InsyaAllah jika ikhlas dan berniat kerana Allah dalam melakukan sesuatu perkara itu, ukhwah itu akan datang dengan sendirinya dan apabila terciptanya ukhwah maka lahirlah generasi Islam yang kuat dan teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia ini.

Akhirnya sahabat,
Oleh itu, solusi dan konotasinya, sama-samalah keluarga g7 fikirkan sendiri. Sebagaimanakah kita inginkan, sebagaimanakah kita ingin identitikan kerana g7 “ibarat satu suara, satu kumpulan”, disitulah adanya tarbiyyah, disitu adanya ukhwah, disitu adanya qiyadah dan disitu adanya penerbitan. Satu cadangan ku, kembalilah kita bersama dengan kepimpinan ulamak, kembalilah kita menyanjungi ulama dan bersama ulama. Ulama adalah pewaris bagi nabi yang telah dilantik sudah zaman berzaman. Pengetahuan mereka melebar jauh melebihi pengetahuan kita. Perjuangan mereka melampaui perjuangan kita. Oleh itu berpegang lah pada mereka, insyaAllah seolah kita berpegang pada dahan yang kukuh. Selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Kerana duhai sahabat,
Ulama besar sungguh di sisi Islam. Ia menjadi besar kerana tiada lagi nabi hari ini. Tiada lagi utusan langsung dari langit atas sebagaimana zaman dahulu kala sebelum kedatangan rasul akhir zaman sallaLlahu alaihi wasallam. Zaman mana ada nabi, tiadalah ulama menjadi besar sebagaimana hari ini yang tiada lagi nabi.Ulama itu pewaris para nabi. Nabi mewarisi ilmu langit. Kadar mana ilmu itu diwarisi ulama, kadar itulah darjat ulama menjadi tinggi. Oleh kerana nabi kita begitu diangkat ketinggiannya, maka para ulama pewaris pun turut mewarisi dan menerima tempias ketinggian itu. Ulama dijulang kerana nabi dijulang. Ulama dipalang pun kerana nabi dipalang jua.Ulama mewarisi ilmu dan perjuangan para nabi. Bebanan ulama tak sama dengan bebanan kita orang biasa. Mereka mesti menjaga ugama. Mereka mesti menjaga dakwah. Mereka kena menarik kemaslahatan kepada ummah dan menolak kemudharatan daripada mereka.


Sila baca dan hayati karangan anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kerana ia membawa erti yang cukup besar dan tinggi maksudnya:


Begitu ugama ini dijaga daripada kebatilan dan kerosakan. Ia mesti kekal sebagai ugama suci untuk dianuti jiwa yang mahukan kesucian di dunia ini.


Allahlah yang menjaga ugama ini. Ia mengarahkan malaikat Jibril memeliharanya sehingga terus diwahyukan dan diperolehi al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kemudian baton penjagaan itu dipegang oleh Nabi Muhammad sehinggalah kewafatannya. Kemudian ia diserahkan kepada para sahabat sebagai ulama dan pewaris pertama ugama ini. Mereka adalah para tuan guru pertama umat Muhammad sebelum kita. Di sini berlaku lompang yang memisahkan antara dua rasul tuhan ( Jibril dan Muhammad ) dengan para sahabat ( ulama pertama ). Yang pertama disucikan daripada dosa dan kesalahan, sedang yang kedua kekal berhadapan dosa dan kesalahan.


Bagaimana agama ini dijaga oleh para pewaris yang tidak mewarisi kesucian dan ismah ( maksum )? Tidakkah ini mengakibatkan ugama juga akan terdedah kepada pemalsuan dan pemunahan?


Ia adalah persoalan yang besar dan pasti mencetus fitnah. Tetapi Allah yang maha bijaksana lebih mendahului persoalan itu dengan jawaban yang telah pun siap siaga disediakan. Nabi Muhammad diarah untuk meladeni para sahabat yang akan mewarisi ugama ini daripadanya dengan menjadikan mereka ahli mesyuaratnya.


Siapalah para sahabat yang penuh kekurangan untuk diambil timbang pandangan mereka di hadapan ar Rasul yang penuh maksum? Tidakkah cukup sudah segala jawaban jika ianya datang walaupun hanya dari seorang seperti ar Rasul? Apalah gunanya lagi pandangan para sahabat?


Namun begitulah Allah mempersiapkan jawaban buat mengisi kelompangan besar antara kedua – duanya. Betul, al Rasul cukup dengan wahyu dan Allah di sisinya untuk menjaga ugama tanpa pandangan dan jawaban para sahabat, tetapi begitulah amalan syura dihidupkan seawal zaman nabi masih di persada kehidupan buat memahamkan kita bahawa syura ulama adalah pewaris ugama ini. Seorang nabi tidak diwarisi oleh seorang ulama. Seorang Muhammad yang menjaga ugama itu diwarisi ilmu ugama dan perjuangannya oleh sejumlah ulama yang membentuk syura yang muktabar. Jumlah yang ramai itulah yang menjadi penyelamat sepanjang zaman kepada perjalananan ugama suci ini untuk terus kekal suci sampai kiamat.


Syura mesti daripada ulama yang mewarisi ilmu al Quran. Ia mesti dipilih oleh para ulama daripada kalangan mereka atau dengan keputusan mereka. Demikian ugama ini menjadi kebal untuk dibolosi anasir – anasir yang akan mencacatkan dan mengotorkan agama suci ini.


Agama bukan milik Ibnu Taimiyah atau Hasan al Banna atau Yusuf al Qaradhawi atau individu mana pun. Juga, ia bukan milik Abdul Aziz, atau Abdul Hadi atau Harun Din atau individu mana pun. Ia milik syura yang dikebalkan Allah dengan kekebalanNya. Himpunan ulama mencipta Ijma’ ulama. Ijma’ ulama adalah sumber ugama selepas Al Quran dan al Hadis. Begitu kita mesti memahamkan diri. Betul, setiap ulama adalah bintang yang bercahaya. Anda menikmatinya saat langit malam itu cerah, aman dan sejahtera. Namun, apabila awan mula menggulung – gulung dan petir memanah – manah, anda kehilangan petunjuk bintang itu.


Begitulah, anda kehilangan individu ulama itu saat fitnah menyerang umat. Anda memerlukan petunjuk yang lebih jelas dan tepat. Itulah syura ulama yang pasti menunjuki.


Semasa saya menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa pelawat lain di wad Hospital Pakar Perdana itu, seorang exco negeri memberitahu ayahanda bahawa semacam ada usaha untuk menukarkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan kepimpinan Islam. Ia merujuk kepada beberapa isu dalaman yang melanda PAS saat itu. Juga hari ini?


Ayahanda dengan wajah cerianya mencelah, ” Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”


Anda tak rasa hebatkah dengan jawaban ayahanda ini? Jika begitu, anda betul – betul anak murid yang nakal! Atau beballah..


Saya terbawa – bawa hikmah ini sehingga mensyarahkannya kepada adik – adik seperjuangan di bumi Mesir. Dan sehingga sekarang saya akan menghidupkan hikmah ini.
Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.


Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda marah jika anda digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.
Kita dalam PAS jangan jadi budak – budak nakal. Malu kita..


Sekian...

0 comments: