Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 23, 2009

Laporan URuS Zon Tengah 3/2009 (JUN)

Pagi itu cerah dan tenang. Majlis Usrah yang sepatutnya dimulakan pada seawal jam 10 pagi terpaksa ditunda setengah jam gara-gara kelewatan ahli alumni mahupun ahli g7 sendiri. Yang hanya menepati masa ialah Pengerusi SUTRA Akhi Izny dan Pengerusi SUPI Akhi Alnasrie. Namun kedua-duanya tetap bersangka baik pada yang lain. Walaupun dimulakan agak lewat, usrah kali ini betul2 hidup dek pertanyaan pedas dan isi usrah yang mantap. Juga diselangi dengan telatah si comel anak-anak sahabat alumni yang lain. Ustaz Nik Mohd Anuar, Pengerusi Lujnah tarbiyah Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak penyampai yang cukup berwibawa

Majlis dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah oleh pengerusi majlis Akhi Hirzi tepat jam11pagi. Ustaz Nik Mohd Anuar (UNMA) memulakan sessi usrah dengan beberapa hadis rasulullah SAW. Hadis pertama ialah dari riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi:

“Pemerintahan adalah terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu, pemerintahan Nubuwwah (kenabian), pemerintahan ‘Ala Nubuwwah (para sahabat dan Khulafa’ Ar-rasyidin), pemerintahan yang ‘menggigit’ (zaman perpecahan umat Islam), pemerintahan Maliki Jabriyyah (kuku besi) iaitu zaman umat Islam ditindas dan dijajah, dan terakhir sekali ialah pemerintahan ‘Ala Nubuwwah (kembali kepada pemerintahan seperti zaman nabi dan sahabat”.

Dan ketahuilah sahabat-sahabat, kita sekarang sedang berada di pemerintahan Maliki Jabriyyah dimana kita melihat umat Islam ditindas dan dijajah tidak kira dimana. Chechya, Afganistan, Iraq, Iran, Bosnia, Pattani, Albania dan sudah tentu tempat kiblat pertama umat Islam, Palestin.

Hadis kedua yang dihuraikan oleh UNMA ialah, “Akan terurai satu demi satu kekuatan umat Islam, iaitu kekuatan pertama ialah pemerintahan (kerajaan Uthmaniyyah) dan terakhir sekali ialah solat (solat diringan-ringankan)”

Menurut UNMA, sekarang juga kita sudah melihat bibit-bibit penyakit meringankan solat ini berlaku pada ahli-ahli jemaah, solat diakhir waktu, ‘subuh gajah’ dan sebagainya. Apatah lagi pada mereka yang tidak mempunyai asas agama, sudah tentu lebih ramai yang meringankan solat. Ikatan terakhir umat Islam kini sudah terlerai dan musnahlah kekuatan umat Islam sekiranya solat diringankan dan ditinggalkan (Astaghfirullah).

Penceritaan Kerajaan Uthmaniyyah dimulakan dengan kronologi pada seawal tahun 1299 M dimana Sultan Uthman berjaya menawan daerah Bursa sehingga lah pada sultan ke-34. Sebelum itu, Turki menjadi pusat pemerintahan Raja Bizantine (Kristian). Dan akhirnya pada tahun 1453 atau secara tepatnya pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan)

Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang.

UNMA menambah dengan hadis riwayat Imam Ahmad:
Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

Namun, Constantinople (Islambol) mengalami kejatuhan empayarnya ketika era Sultan Sulaiman disebabkan oleh beberapa factor iaitu:

1. Timbul fahaman Syiah yang mengakibatkan kecelaruan fahaman dan perpecahan umat Islam
2. Jajahan di Vienna, Austria menyebabkan kebangkitan tentera Kristian menentang kembali umat Islam disaat perpecahan dikalangan umat Islam

Sultan yang terakhir mempertahankan empayar Uthmaniyyah adalah Sultan Abdul Hamid yang digelar oleh pihak kristian sebagai sultan ‘merah’. Baginda juga berperanan menyebarkan Islam ke pelusuk dunia termasuk Tanah Melayu melalui utusan baginda Mohammad Kamil Din. Sultan Abdul Hamid akhirnya dibuang negeri dan mangkat pada 10 Feb 1918.

Pada tahun 1922, kerajaan yang dibentuk oleh Mustafa Kamal Attartuk memansuhkan kesultanan yang selama ini mempunyai kuasa mutlak pemerintahan. Pada tahun seterusnya iaitu 9 oktober 1923, perjanjian Lauzzine dimeterai dan Rebuplik Turki diisytiharkan. 13 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah dimasuhkan oleh durjana Attartuk serta undang-undang syariah digantikan dengan undang-undang sivil.

Revolusi yang dibuat oleh Attartuk secara total ini mengubah sama sekali sistem pemerintahan Islam kepada sekular. Tedapat lagi perubahan yang dilancarkan olehnya termasuklah menutup sekolah agama dan melarang cara pemakaian secara Islam. Usaha ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjauhkan umat Islam dari amalan hidup Islam dan mengenal Islam itu sendiri. Niatnya adalah supaya umat Islam lemah dan tidak berupaya untuk menentang kembali.

Selain itu, kalendar Hijrah juga diganti dengan kalendar Greogian. Pada 1928, tulisan arab diganti dengan tulisan roman dan pada 10 April tahun yang sama, agama Islam sebagai agama rasmi dimansuhkan. Sekecil-kecil perkara sekalipun, Attartuk mengubah secara total untuk menjauhkan umat Islam dari ulama’ dan jauh dari mengenal agama sendiri. Pada 1933 pula, azan dan iqamah diharamkan kecuali jika dilaungkan dalam bahasa Turki. Seterusnya, cuti umum diganti dari hari Jumaat kepada hari Ahad.

Kita melihat sahabat-sahabat, sejak dari kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah, umat Islam ditindas, dijajah, tanah dirampas, dicerca, dihina, dipijak dan diinjak2 bagai semut disebabkan perpecahan dikalangan umat Islam serta tiada kekuatan rohani dalam jiwa masing-masing. Sehinggalah sekarang, tahun 2003, serangan terhadap Iraq dan terbaru 2008, rejim Israel menyerang Palestin untuk merampas hak-hak umat Islam Palestin.

Sesuai dengan hadis Rasulullah :
“Suatu masa nanti musuh-musuh Islam akan meratah umat Islam sebagaimana kamu menghadap makanan dan bersiap untuk meratah makanan tersebut”. Sahabat bertanya:” Adakah bilangan kami pada masa itu terlalu sedikit?” Baginda menjawab: “Tidak, bilangan kamu ramai tetapi kamu seumpama buih di lautan yang hanyut. Pada masa itu, Allah tarik rasa gerun pada musuh Islam dan menyuntik rasa cinta dunia dan takutkan mati pada umat Islam”.

Namun begitu, Ibn Khaldun pernah menyatakan dalam kitabnya ‘Al-Muqaddimah’ bahawa pemerintahan Islam sentiasa berputar dan proses putaran ini mengambil masa kira-kira 400 tahun lamanya. Ini bermakna pemerintahan Islam akan kembali menyinar sekiranya umat Islam bersatu padu dan memperkuatkan kekuatan rohani. Seperti hadis Rasulullah ada menyebut “Cahaya Islam akan sampai kemana sahaja seumpama cahaya matahari”.

Ada juga hadis mengatakan “ Akan terus menerus ummatku akan menegakkan kebenaran dan siapapun tidak boleh mengugat sehinggalah Allah datangkan hari kiamat”. Dua hadis ini seolah-olah mencabar kita sebagai dai’e di muka bumi ini untuk terus berjuang menegakkan Islam dan menyebar risalah agung mewarisi perjuangan Rasulullah.

Sebagai dai’e, kekuatan rohani amat perlu untuk diperkukuhkan. Penulis berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh sehingga baginda disebut Rasulullah dalam hadis dan berjaya menawan Kota Constantinople. Ianya mungkin boleh menjadi garis panduan dan contoh untuk kita sama-sama mentarbiyah diri. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" di dalam Hadis tersebut.

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Baginda menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang di dalam menangani tipu helah musuh.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas berjaya menawan kota Constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Waallahu a’lam..semoga dapat dijadikan iktibar.

"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
Disediakan oleh,
Anas Alnasrie
(dipaksa tulis report sbb S/U tak smpt salin,huh!)




Monday, June 1, 2009

Ujian Sirah…Jawab jangan tak jawab?

Cuba sebutkan 10 sahabat yang dijamin masuk syurga!” Boleh jawab? Atau mungkin kita lebih cekap menjawab pertanyaan ”Sebutkan nama finalis Malaysian Idol”?

”Siapa nama sahabat yang diutus sebagai duta Islam pertama?” Tahu? Atau kita lebih tahu jika ditanya ”Siapa nama vokalis kumpulan Spider?”

”Cuba ceritakan kisah perang Uhud!” Bolehkah? Atau kita lebih lancar bercerita apabila disuruh menceritakan ”Bagaimana boleh si artis Norman itu bercerai dengan isterinya Abby?”

Begitulah remaja muslim atau bahkan mungkin kita sendiri termasuk di dalamnya. Tidak mengenal sejarah dan tokoh-tokoh Islam. Lebih mengenal para artis dan menjadikan mereka sebagai idola daripada mengenal para Nabi, dan para sahabatnya. Bahkan mungkin kita yang sering bergerak dalam dakwah seringkali enggan untuk mengkaji sirah nabawiyah atau sirah sahabat.

Bagaimana kita mahu mendakwahkan Islam jika kita tidak menyampaikan sebagiamana RasuluLLAH dan para sahabatnya berdakwah.Padahal dengan mengkaji sirah tersebut boleh dijadikan panduan dan teladan dalam kehidupan kita sehari-hari. Misalnya bagaimana tahapan dakwah RasuluLLAH, bagaimana memilih pasangan hidup, bagaimana dakwah fardiyah, bagaimana supaya istiqomah dalam dakwah, bagaimana RasuluLLAH berpolitik, mentadbir negara dan sebagainya.

Bagi yang memiliki anak kecil, sirah tersebut boleh diceritakan kepada mereka dengan bahasa yang disesuaikan dengan usia mereka. Itu jauh lebih bermanfaat daripada kisah Sang Kancil, Cinderella, Snow White, pelbagai cerita khayalan yang lain.Jadikan Sirah nabi dan para sahabat baginda sebagai teladan dalam kehidupan. Biar setiap tindak tanduk kita berpandukan sirah kekasih dan para sahabatnya.

Mari kita uji diri kita, bagaimana pengetahuan kita tehadap sirah Nabi dan para sahabatnya dengan menjawab soala-soalan di bawah. Jawab dalam hati pun tak mengapa:

1. Sebutkan sepuluh sahabat yang dijamin syurga!

2. Siapakah sahabat yang diutus RasuluLLAH sebagai duta Islam pertama?

3. Sebutkan sahabat-sahabat yang dikatakan mirip Rasulullah!

4. Sebutkan 10 orang sahabat yang paling awal menerima Islam

5. Siapakah nama sahabat yang dikenali sebagai Saifullah (Pedang ALLAH)!

6. Siapakah sahabat yang mencetuskan gagasan perang Khandaq (Idea menggali parit)

7. Sebutkan nama isteri-isteri Rasullah!

8. Siapakah sahabat yang sejak usia 13 tahun sudah ingin menyertai ayahandanya dalam Perang Badar!

9. Sebutkan nama sahabat yang dijamin masuk syurga kerana tidak pernah menyimpan rasa dengki kepada orang lain!

10. Siapakah sahabat yang termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, seorang pedagang yang berjaya tetapi tidak pernah ketinggalan sedikitpun dalam berjihad dengan jiwa dan hartanya di jalan ALLAH.

11. Siapakah sahabat yang mendapat gelar ”Bapa si miskin” dan ”Burung Syurga”?

12. Siapakah sahabat kepercayaan RasuluLLAH yang menyimpan rahsia RasuluLLAH?

13. Siapakah sahabat yang keluarganya dijanjikan tempat di surga dan siapakah nama ibunya yang menjadi syahidah pertama Islam?

14. Siapakah sahabat sekaligus sepupu RasuluLLAH yang berhasil menjadi jurubicara ketika kaum muslimin hijrah ke Habsyi?

15. Siapakah sahabat sekaligus bapa saudara RasuluLLAH yang mendapat gelaran ”Singa Allah”?

16. Bagaimanakah Saiydina Abu Bakr menghadapi ancaman Rom, golongan murtad dan golongan enggan membayar zakat sekaligus dalam keadaan beliau baru sahaja menjadi khaliah pertama selepas RasuluLLAH baru sahaja wafat?

17. Siapakah nama tiga sahabat yang ditangguh taubat mereka akibat tidak ikut serta peperangan Tabuk?

18. Zaman khalifah manakah kuasa Kisra Parsi tumbang?

19. Siapakah nama sahabat yang menggantikan general Khalid Al-Walid sebagai panglima perang dalam suasana perang masih berjalan?

20. Siapakah Muawiyah bin Abi Sufyan?

Ayuh, kawan-kawan..jom sahut cabaran ini, kita jawab dan bincang di blog ini.Jika ini adalah muslimat dan muslimin G7.

Dimanakah muslimin G7 yang berangan menjadi Handzalah, nah!! cuba uji pengetahuan sirah anda. Dimanakah muslimat G7 yang mengaku seperti Rabiatul Adawiyah mahupun Sumayyah, jika diri tak lengkap dengan sirah nabi.

Dimanakah muslimin G7 yang beringin memperisterikan muslimat seperti Fatimah az-zahra', layakkah anda !! andai jika ini pun, anda masih tidak mampu untuk menjawabnya. Dan dimanakah muslimat G7, andai ingin suami seperti Umar Ab Aziz tidakpun seumpama Saidina Ali andai diri, tidak mempersiapkan diri dengan ilmu sebegini.

Fikir-fikirkanlah, sama-sama kita berusaha..mencintai Sirah. Salam Sirah.

Sunday, May 31, 2009

PKR menang dgn majoriti 5,558 undi

Thursday, May 21, 2009


Alnasrie

Tuesday, May 19, 2009

PAS terus melangkah ke depan!



Assalamualaikum wbt

Sekadar berkongsi maklumat yang baru sahaja ana terima. Pas akan mendirikan kompleks PAS di kawasan berdekatan dengan Putrajaya dan dana pembangunannya telah dilancarkan pada hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal .

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan mod
en serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.


Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di k
alangan tenaga pakar dalam PAS.

“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.




Memang membanggakan pencapaian gerakan Islam di negara kita ni. Dengan adanya kompleks ini, semoga harakah islamiyah dan dakwah akan terus subur dihati-hati kita. Ameen....

Alnasrie

Monday, May 18, 2009

Kisah 5 Perkara Aneh

  • Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat…

Pertama: apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.

kedua: engkau sembunyikan.

Ketiga: engkau terimalah.

Keempat: jangan engkau putuskan harapan, yang

kelima larilah engkau daripadanya.

  • Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
  • Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
  • Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.
  • Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa,

Pertama; engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka jauhilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

  • Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
  • Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Zeedeen SelamatSemuaNya

Sunday, May 17, 2009

Bersama Kepimpinan Ulamak

Assalamualaikum..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga apa yang ku tulis ini, tidaklah menjadi fitnah kepada diriku, sahabatku dan agamaku. Ini kerana aku hanyalah insan biasa, lemah dan hina. Masih bertatih di dunia penulisan. “ AKU BANYAK TAK TAHU WALAUPUN AKU TAHU TAPI TAK MACAM TU...SEBENARNYA, AKU TIPU!! bait-bait puisi ini yang lemah gemalai sering dan terus sering memerangkap hatiku dan mengundahkan fikiranku setiap kali untuk mula menulis . Semoga Allah tuhan ku, mengampuni dosa-dosa ku dan para sahabat pembacaku.

Duhai sahabatku,
Penting untuk ku katakan disini, kita semakin hari semakin lalai dari perjuangan kita yang sebenamya. Walaupun mungkin ada dikalangan kita yang tidak mungkin bersetuju dan menyangkal pendapat ku ini, tapi itulah hakikat pendapat peribadi ku ini. Semakin hari semakin usia kita mula bertambah, kamu semakin tua dan aku semakin tua. Namun jiwa dan kehendak kita sentiasa bertambah muda dan muda. Keinginan untuk menempuhi gerbang perkahwinanan juga kadang kala lewat membawa kita kearah kealpaan. Lagha dan asyik membuai-buai perasaan kita. Usah kata dibius cinta, diracuninya juga mungkin kita sudah. Namun begitu aku yakin, dan aku cukup yakin, bahawa para sahabat disini masih bisa. Masih bisa untuk mengawal diri dan menjaga diri. Tarbiyyah islamiyyah yang dimiliki senantiasa tersemat dihati, akhlak karimah yang diwarisi dari junjungan besar nabi sentiasa tertonjol di perwatakan para sahabat. Ukhwah ubudiyyah yang dimeterai, menjadi sempadan dalam diri kita semua. Oleh itu apa aku harap para sahabat tidak terasa hati atas pendapat ku ini, kerana adanya ia benar ataupun salah sama sekali. Cukuplah sahabat mengetahui aku sebenarnya berbangga dengan perhubungan kita, semoga nasihat dan teguran sesama kita menjadi satu identiti penting pada generasi kita.


Duhai sahabatku lagi,
Ukhwahh kita seharusnya dikatakan mantap dan paling Berjaya dikalangan generasi. Kukuh dan padat dengan kecintaan sesama kita. Sehingga ada antara generasi banyak yang memperkatakan keakraban ukhwah G7, cukup MANTAP dan cukup MANTOP. Tidak kurang dengan pelbagai aktiviti dan idea-idea yang pelbagai, untuk merapatkan lagi tali ukhwahh dan silaturrahim G7. G7 umpama bagai satu tali yang kukuh, tersimpul di bawah simpulan akidah yang erat, andai ada sebahagian lain mula terurai, pasti akan ada bahagian yang mengetatkannya balik. Itulah ukhuwah G7, ibarat secangkir manisan madu, senipis helaian kertas dan seberkas mangkuk yang cantik. Dan masih…G7 seolah-olah seibu dan sebapa, seolah–olah satu keluarga, masing-masing sahabat mengenali keluarga yang lain, dan masing-masing keluarga yang lain mengenali sahabat yang lain. Hebat dan cukup mengharukan, perhubungan ini. Tarbiyyah dan dakwah sentiasa berjalan, samada untuk diri atau sahabat. Semuanya berantaian dan saling mengikat antara satu dengan yang lain. Semoga ia berterusan hingga ke generasi anak-anak dan keturunan kita. Kunjung-mengunjungi, liqa’ demi liqa’ serta riadah dan muhasabah sentiasa berterusan. Jika..andai jarak dan masa menjadi penghalang, kemajuan teknologi menjadi pilihan. Kini blog dan Friendster group sering dilawati dan dimanfaati. Perbualan ‘YM” juga sentiasa ter “online”. Maaf..adapun FACEBOOK dan MY SPACE, ada yang menggunakan, namun tidak aku,…(huhuhu, x pandai main). Huhuhu..kecewanya.

Seterusnya sahabat, Namun begitu disebalik banyak mata yang mengkagumi ukhwah dan kekeluargaan g7, ada juga yang menyatakan kebimbangan terhadap ukhwah ini. Ukhwah kita keterlaluan, keringanan muamalat muslimin dan muslimat kurang terjaga, tarbiyyah dan akhlak kurang tersemai. Kenapa begitu? Apakah ini benar? Mungkin…ia betul dan mungkin…juga tidak betul, Namun sudah lumrah kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Cuma yang demikian, kita para sahabat tak usah melenting dan emosi dalam soal ini. Cubalah kita melihat dalam kebenaran dan keimanan. Andai kita salah, maka kita akuinya dan pulang ke pangkal jalan. Andai kita yakini kita benar, maka berpeganglah dengan apa kita lakukan segenggam mungkin. Pertahankan lah dan berhujahlah dengannya. Kenyataan ini bukanlah untuk mengatakan permusuhan atau kebencian bukan juga untuk mengiyakan apa yang kita lakukan selama ini adalah benar dan terbaik. Setiap manusia memandang dari sudut yang berbeza, juga setiap manusia mempunyai kefahaman yang berbeza. Apa yang harus kita lakukan ialah kita raikan setiap pendapat dan teguran, ambil yang terbaik dan ubah lah yang silap. Terima seadanya dan jangan berkeras dan berkecil hati. Semua teguran dan pandangan adalah bermanfaat.

Begitulah duhai sahabat,
Muhasabahkan kembali, jiwa dan diri kita. Setiapkali bersama, apakah kita yakin dan tulus dengan ukhwahh ini. Benarkah kita benar-benar mengasihi para sahabat, benarkah kita mengambil berat akan diri masing-masing. Atau kita hanya ingin melepaskan dari persoalan tanggungjawab yang bakal ditanya akan kita suatu hari nanti. Jadikan lah ukhwah ini adalah satu amanah..dan tunaikan lah amanah ini setulus mungkin. InsyaAllah, segala usaha kita akan diberkati. Merapatkan ukhwah adalah sesuatu perkara yang mudah, tetapi untuk mencipta sesuatu ukhwah itu memerlukan cabaran serta pengorbanan. InsyaAllah jika ikhlas dan berniat kerana Allah dalam melakukan sesuatu perkara itu, ukhwah itu akan datang dengan sendirinya dan apabila terciptanya ukhwah maka lahirlah generasi Islam yang kuat dan teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia ini.

Akhirnya sahabat,
Oleh itu, solusi dan konotasinya, sama-samalah keluarga g7 fikirkan sendiri. Sebagaimanakah kita inginkan, sebagaimanakah kita ingin identitikan kerana g7 “ibarat satu suara, satu kumpulan”, disitulah adanya tarbiyyah, disitu adanya ukhwah, disitu adanya qiyadah dan disitu adanya penerbitan. Satu cadangan ku, kembalilah kita bersama dengan kepimpinan ulamak, kembalilah kita menyanjungi ulama dan bersama ulama. Ulama adalah pewaris bagi nabi yang telah dilantik sudah zaman berzaman. Pengetahuan mereka melebar jauh melebihi pengetahuan kita. Perjuangan mereka melampaui perjuangan kita. Oleh itu berpegang lah pada mereka, insyaAllah seolah kita berpegang pada dahan yang kukuh. Selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Kerana duhai sahabat,
Ulama besar sungguh di sisi Islam. Ia menjadi besar kerana tiada lagi nabi hari ini. Tiada lagi utusan langsung dari langit atas sebagaimana zaman dahulu kala sebelum kedatangan rasul akhir zaman sallaLlahu alaihi wasallam. Zaman mana ada nabi, tiadalah ulama menjadi besar sebagaimana hari ini yang tiada lagi nabi.Ulama itu pewaris para nabi. Nabi mewarisi ilmu langit. Kadar mana ilmu itu diwarisi ulama, kadar itulah darjat ulama menjadi tinggi. Oleh kerana nabi kita begitu diangkat ketinggiannya, maka para ulama pewaris pun turut mewarisi dan menerima tempias ketinggian itu. Ulama dijulang kerana nabi dijulang. Ulama dipalang pun kerana nabi dipalang jua.Ulama mewarisi ilmu dan perjuangan para nabi. Bebanan ulama tak sama dengan bebanan kita orang biasa. Mereka mesti menjaga ugama. Mereka mesti menjaga dakwah. Mereka kena menarik kemaslahatan kepada ummah dan menolak kemudharatan daripada mereka.


Sila baca dan hayati karangan anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kerana ia membawa erti yang cukup besar dan tinggi maksudnya:


Begitu ugama ini dijaga daripada kebatilan dan kerosakan. Ia mesti kekal sebagai ugama suci untuk dianuti jiwa yang mahukan kesucian di dunia ini.


Allahlah yang menjaga ugama ini. Ia mengarahkan malaikat Jibril memeliharanya sehingga terus diwahyukan dan diperolehi al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kemudian baton penjagaan itu dipegang oleh Nabi Muhammad sehinggalah kewafatannya. Kemudian ia diserahkan kepada para sahabat sebagai ulama dan pewaris pertama ugama ini. Mereka adalah para tuan guru pertama umat Muhammad sebelum kita. Di sini berlaku lompang yang memisahkan antara dua rasul tuhan ( Jibril dan Muhammad ) dengan para sahabat ( ulama pertama ). Yang pertama disucikan daripada dosa dan kesalahan, sedang yang kedua kekal berhadapan dosa dan kesalahan.


Bagaimana agama ini dijaga oleh para pewaris yang tidak mewarisi kesucian dan ismah ( maksum )? Tidakkah ini mengakibatkan ugama juga akan terdedah kepada pemalsuan dan pemunahan?


Ia adalah persoalan yang besar dan pasti mencetus fitnah. Tetapi Allah yang maha bijaksana lebih mendahului persoalan itu dengan jawaban yang telah pun siap siaga disediakan. Nabi Muhammad diarah untuk meladeni para sahabat yang akan mewarisi ugama ini daripadanya dengan menjadikan mereka ahli mesyuaratnya.


Siapalah para sahabat yang penuh kekurangan untuk diambil timbang pandangan mereka di hadapan ar Rasul yang penuh maksum? Tidakkah cukup sudah segala jawaban jika ianya datang walaupun hanya dari seorang seperti ar Rasul? Apalah gunanya lagi pandangan para sahabat?


Namun begitulah Allah mempersiapkan jawaban buat mengisi kelompangan besar antara kedua – duanya. Betul, al Rasul cukup dengan wahyu dan Allah di sisinya untuk menjaga ugama tanpa pandangan dan jawaban para sahabat, tetapi begitulah amalan syura dihidupkan seawal zaman nabi masih di persada kehidupan buat memahamkan kita bahawa syura ulama adalah pewaris ugama ini. Seorang nabi tidak diwarisi oleh seorang ulama. Seorang Muhammad yang menjaga ugama itu diwarisi ilmu ugama dan perjuangannya oleh sejumlah ulama yang membentuk syura yang muktabar. Jumlah yang ramai itulah yang menjadi penyelamat sepanjang zaman kepada perjalananan ugama suci ini untuk terus kekal suci sampai kiamat.


Syura mesti daripada ulama yang mewarisi ilmu al Quran. Ia mesti dipilih oleh para ulama daripada kalangan mereka atau dengan keputusan mereka. Demikian ugama ini menjadi kebal untuk dibolosi anasir – anasir yang akan mencacatkan dan mengotorkan agama suci ini.


Agama bukan milik Ibnu Taimiyah atau Hasan al Banna atau Yusuf al Qaradhawi atau individu mana pun. Juga, ia bukan milik Abdul Aziz, atau Abdul Hadi atau Harun Din atau individu mana pun. Ia milik syura yang dikebalkan Allah dengan kekebalanNya. Himpunan ulama mencipta Ijma’ ulama. Ijma’ ulama adalah sumber ugama selepas Al Quran dan al Hadis. Begitu kita mesti memahamkan diri. Betul, setiap ulama adalah bintang yang bercahaya. Anda menikmatinya saat langit malam itu cerah, aman dan sejahtera. Namun, apabila awan mula menggulung – gulung dan petir memanah – manah, anda kehilangan petunjuk bintang itu.


Begitulah, anda kehilangan individu ulama itu saat fitnah menyerang umat. Anda memerlukan petunjuk yang lebih jelas dan tepat. Itulah syura ulama yang pasti menunjuki.


Semasa saya menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa pelawat lain di wad Hospital Pakar Perdana itu, seorang exco negeri memberitahu ayahanda bahawa semacam ada usaha untuk menukarkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan kepimpinan Islam. Ia merujuk kepada beberapa isu dalaman yang melanda PAS saat itu. Juga hari ini?


Ayahanda dengan wajah cerianya mencelah, ” Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”


Anda tak rasa hebatkah dengan jawaban ayahanda ini? Jika begitu, anda betul – betul anak murid yang nakal! Atau beballah..


Saya terbawa – bawa hikmah ini sehingga mensyarahkannya kepada adik – adik seperjuangan di bumi Mesir. Dan sehingga sekarang saya akan menghidupkan hikmah ini.
Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.


Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda marah jika anda digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.
Kita dalam PAS jangan jadi budak – budak nakal. Malu kita..


Sekian...