[BENDAHARI G7 09/10]
ASSALAMU`ALAIKUM WBT
PORTFOLIO BENDAHARI G7 09/10
PENDAHULUAN
Portfolio ini diwujudkan bagi menjelaskan perancangan yang dibawa oleh Bendahari dan Timbalan Bendahari tanzim G7 sesi 2009/2010. Perlantikan tanzim berkuatkuasa pada 14 Ogos 2009.
VISI
· Menjadikan dana G7 sebagai nadi penggerak dalam menguatkan kesatuan ahli-ahli G7
· Menambahbaik hubungan antara G7 dengan jemaah alumni mahupun pusat
MISI
· Mensasarkan 80% ahli menjelaskan yuran tahunan G7
· Memaksimumkan peruntukan kewangan bukan sahaja untuk aktiviti-aktiviti generasi malah juga untuk aktiviti jemaah
· Menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dan telus
OBJEKTIF YANG DIBAWA PADA SESI 2009/2010
1) Sasaran bayaran yuran tahunan 80% ahli
Setiap tahun, semua ahli-ahli G7 dikehendaki menjelaskan bayaran yuran tahunan sebanyak RM40 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh sahaja). Perlaksanaan kutipan sebelum ini melibatkan secara SMS atau lisan semasa program-program G7 dijalankan. Pada sesi kali ini, bagi mencapai sasaran kutipan seramai 80% ahli, pimpinan Bendahari dan Timbalan akan menggunakan pendekatan yang lebih tegas dan telus. Pimpinan berpendapat bahawa ahli-ahli wajar melihat pergerakan keluar masuk wang yang disumbangkan oleh mereka.Oleh yang demikian, setiap ahli akan diberi perincian pengurusan kewangan supaya timbul kesedaran dan keinginan ahli-ahli untuk menjelaskan yuran tahunan tersebut. Perincian tersebut akan diemail kepada setiap ahli G7 dan selepas mendapat maklumat perincian tersebut, Bendahari dan Timbalan akan menggesa mereka untuk menjelaskan bayaran samada melalui panggilan telefon, SMS atau keadah internet.
2) Menginfakkan semaksimum 20% daripada kewangan G7 kepada PR melalui alumni
Umum mengetahui bahawa setiap kali berlaku pilihanraya (kecil/umum), alumni IPU akan mewar-warkan kepada ahli-ahli yang ingin menginfak melalui tabung ‘Fund 4 Best’. Justeru itu, dengan perlaksanaan program ini, setiap ahli G7 yang menjelaskan yuran tahunan dapat menyumbangkan secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya. Selain itu juga, diharap setiap ahli akan mendapat ‘saham akhirat’ hasil daripada program ini. Program ini juga dapat menguatkan lagi hubungan antara G7 dengan jemaah alumni dan pusat. Peruntukan 20% adalah atas budi bicara MT G7 kerana akan dipecahkan mengikut keutamaan PR samada pilihanraya umum, pilihanraya kecil atau pun pilihan raya kampus.
3) Membantu ahli-ahli G7 yang memerlukan sumber kewangan untuk kegunaan yang mustahak melalui kaedah pinjaman
Kewangan G7 juga akan diperuntukan untuk kebajikan ahli-ahli G7. Bagi ahli G7 yang mempunyai masalah kewangan, ahli tersebut boleh memohon pinjaman daripada Bendahari atau Timbalan Bendahari mengikut kadar yang berpatutan serta kemampuan kewangan G7 sendiri. Walau bagaimanapun, pinjaman ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pimpinan iaitu;
i) Pinjaman dibuat kerana hal yang mustahak dan sangat penting
ii) Berjanji akan membayar balik pinjaman setelah kewangan peminjam stabil
iii) Tiada bunga akan dikenakan bagi pembayaran balik. Namun, tindakan tegas akan dilaksanakan sekiranya ahli sengaja melewat-lewatkan pembayaran balik
Selain itu, sumbangan kewangan juga akan diberikan kepada ahli-ahli yang mengalami
masalah kewangan tanpa perlu memohon terlebih dahulu kepada Bendahari atau
Timbalan setelah dinilai ahli tersebut wajar dibantu oleh G7.
4) Sebagai kegunaan semasa program-program G7
Seperti lazimnya, kebanyakan peruntukan G7 akan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh G7 seperti usrah, URUS, muktamar, liqa’, jamuan-jamuan dan sebagainya. Bagi syu’bah-syu’bah yang memerlukan peruntukan untuk menjalankan aktiviti, bolehlah memohon kepada Bendahari atau Timbalan Bendahari dengan mengutarakan kertas kerja dan peruntukan yang diperlukan. Jumlah peruntukan akan diberi setelah mendapat persetujuan MT G7.
5) Hadiah walimah ahli-ahli G7
Bagi ahli-ahli G7 yang akan mengadakan walimah, pihak G7 sendiri akan menyumbangkan satu hadiah hasil daripada yuran tahunan ahli-ahli. Kadar hadiah adalah TIDAK kurang daripada RM30 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja) dan bergantung kepada perbincangan MT G7.
PENUTUP
Dengan adanya portfolio ini, pihak Bendahari dan Timbalan Bendahari berharap ahli-ahli G7 jelas akan kepentingan penjanaan kewangan G7 serta bersama-sama menjayakan objektif-objektif yang dibawa oleh pimpinan. Semoga usaha baik kita akan mendapat redha dariNYA. Sekian, wassalam.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
IDA KARTINI BT OTHMAN NOR AZURA BT MOHAMAD
Bendahari Timbalan Bendahari
Sesi 2009/2010 Sesi 2009/2010
Merangkap mantan Bendahari sesi 2008/2009
Disahkan oleh :
MOHD AZHAN B UBAIDAH
Mas'ul G7
Sesi 2009/2010
*Portfolio ini telah diluluskan oleh MT G7 pada 1 NOVEMBER 2009
*risalah dalam talian tidak memerlukan tanda tangan
Sekian, wassalam...
Wednesday, December 23, 2009
Portfolio Bendahari G7
Posted by G7 at 5:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment