Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 23, 2009

BAYARAN BG AHLI YG MASIH BELAJAR

[BENDAHARI G7 09/10]

ASSALAMU'LAIKUM WBT

Dimaklumkan bahawa, jumlah bayaran bagi ahli G7 yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat

1) POSTGRADUATE/MASTER/PHD :
- bayaran adalah TETAP SAMA iaitu sebanyak RM40 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Sahaja).

2) DEGREE/UNDERGRADUATE :
- bayaran adalah 50% sahaja iaitu sebanyak RM20 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja).

Sekian, HARAP MAKLUM.

Wassalam..=)

ACCOUNT DETAILS

[BENDAHARI G7 09/10]

Maaf sekali lagi,paparan tidak padan..

DEBIT CREDIT
DATE DESCRIPTION RM DATE DESCRIPTION RM
2009 Baki bawa ke depan RM92.50 Mac 09 Wedding present RM179.00
2009 Fee payment (10XRM40) RM400.00 Mac 09 Hadiah melanjutkan pelajaran RM88.00
1) Azura Mac 09 Jamuan LIQUK & URUS Pantai Timur (UPT) RM30.00
2) Hafizah
3) Yuslina 14/8/2009 Jamuan liqa’ & muktamar '08/09 RM250.00
4) Hanis Masturah
5) Ilani
6) Haniza
7) Amy
8) Ema
9) Shailah
10) Ida Kartini
2009 Personal donation by member RM220.00
14/8/2009 Balance RM165.50
AMOUNT RM712.50 AMOUNT RM712.50
14/8/2009 Baki bawa ke depan RM165.50
8/10/2009 Fee payment (2XRM40) RM80.00
1) Intan
2) Kema
20/11/2009 Hadiah melanjutkan pelajaran RM30.00
23/12/2009 Wedding present RM50.00

24/12/2009 Balance RM165.50
AMOUNT RM245.50 AMOUNT RM245.50
24/12/2009 Kemas kini akaun sehingga 24/12/2009 RM165.50

Portfolio Bendahari G7


[BENDAHARI G7 09/10]


ASSALAMU`ALAIKUM WBT

PORTFOLIO BENDAHARI G7 09/10


PENDAHULUAN

Portfolio ini diwujudkan bagi menjelaskan perancangan yang dibawa oleh Bendahari dan Timbalan Bendahari tanzim G7 sesi 2009/2010. Perlantikan tanzim berkuatkuasa pada 14 Ogos 2009.

VISI

· Menjadikan dana G7 sebagai nadi penggerak dalam menguatkan kesatuan ahli-ahli G7

· Menambahbaik hubungan antara G7 dengan jemaah alumni mahupun pusat


MISI

· Mensasarkan 80% ahli menjelaskan yuran tahunan G7

· Memaksimumkan peruntukan kewangan bukan sahaja untuk aktiviti-aktiviti generasi malah juga untuk aktiviti jemaah

· Menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dan telus

OBJEKTIF YANG DIBAWA PADA SESI 2009/2010

1) Sasaran bayaran yuran tahunan 80% ahli

Setiap tahun, semua ahli-ahli G7 dikehendaki menjelaskan bayaran yuran tahunan sebanyak RM40 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh sahaja). Perlaksanaan kutipan sebelum ini melibatkan secara SMS atau lisan semasa program-program G7 dijalankan. Pada sesi kali ini, bagi mencapai sasaran kutipan seramai 80% ahli, pimpinan Bendahari dan Timbalan akan menggunakan pendekatan yang lebih tegas dan telus. Pimpinan berpendapat bahawa ahli-ahli wajar melihat pergerakan keluar masuk wang yang disumbangkan oleh mereka.Oleh yang demikian, setiap ahli akan diberi perincian pengurusan kewangan supaya timbul kesedaran dan keinginan ahli-ahli untuk menjelaskan yuran tahunan tersebut. Perincian tersebut akan diemail kepada setiap ahli G7 dan selepas mendapat maklumat perincian tersebut, Bendahari dan Timbalan akan menggesa mereka untuk menjelaskan bayaran samada melalui panggilan telefon, SMS atau keadah internet.


2) Menginfakkan semaksimum 20% daripada kewangan G7 kepada PR melalui alumni

Umum mengetahui bahawa setiap kali berlaku pilihanraya (kecil/umum), alumni IPU akan mewar-warkan kepada ahli-ahli yang ingin menginfak melalui tabung ‘Fund 4 Best’. Justeru itu, dengan perlaksanaan program ini, setiap ahli G7 yang menjelaskan yuran tahunan dapat menyumbangkan secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya. Selain itu juga, diharap setiap ahli akan mendapat ‘saham akhirat’ hasil daripada program ini. Program ini juga dapat menguatkan lagi hubungan antara G7 dengan jemaah alumni dan pusat. Peruntukan 20% adalah atas budi bicara MT G7 kerana akan dipecahkan mengikut keutamaan PR samada pilihanraya umum, pilihanraya kecil atau pun pilihan raya kampus.

3) Membantu ahli-ahli G7 yang memerlukan sumber kewangan untuk kegunaan yang mustahak melalui kaedah pinjaman

Kewangan G7 juga akan diperuntukan untuk kebajikan ahli-ahli G7. Bagi ahli G7 yang mempunyai masalah kewangan, ahli tersebut boleh memohon pinjaman daripada Bendahari atau Timbalan Bendahari mengikut kadar yang berpatutan serta kemampuan kewangan G7 sendiri. Walau bagaimanapun, pinjaman ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pimpinan iaitu;

i) Pinjaman dibuat kerana hal yang mustahak dan sangat penting

ii) Berjanji akan membayar balik pinjaman setelah kewangan peminjam stabil

iii) Tiada bunga akan dikenakan bagi pembayaran balik. Namun, tindakan tegas akan dilaksanakan sekiranya ahli sengaja melewat-lewatkan pembayaran balik

Selain itu, sumbangan kewangan juga akan diberikan kepada ahli-ahli yang mengalami

masalah kewangan tanpa perlu memohon terlebih dahulu kepada Bendahari atau

Timbalan setelah dinilai ahli tersebut wajar dibantu oleh G7.


4) Sebagai kegunaan semasa program-program G7

Seperti lazimnya, kebanyakan peruntukan G7 akan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh G7 seperti usrah, URUS, muktamar, liqa’, jamuan-jamuan dan sebagainya. Bagi syu’bah-syu’bah yang memerlukan peruntukan untuk menjalankan aktiviti, bolehlah memohon kepada Bendahari atau Timbalan Bendahari dengan mengutarakan kertas kerja dan peruntukan yang diperlukan. Jumlah peruntukan akan diberi setelah mendapat persetujuan MT G7.


5) Hadiah walimah ahli-ahli G7

Bagi ahli-ahli G7 yang akan mengadakan walimah, pihak G7 sendiri akan menyumbangkan satu hadiah hasil daripada yuran tahunan ahli-ahli. Kadar hadiah adalah TIDAK kurang daripada RM30 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja) dan bergantung kepada perbincangan MT G7.


PENUTUP

Dengan adanya portfolio ini, pihak Bendahari dan Timbalan Bendahari berharap ahli-ahli G7 jelas akan kepentingan penjanaan kewangan G7 serta bersama-sama menjayakan objektif-objektif yang dibawa oleh pimpinan. Semoga usaha baik kita akan mendapat redha dariNYA. Sekian, wassalam.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

IDA KARTINI BT OTHMAN NOR AZURA BT MOHAMAD

Bendahari Timbalan Bendahari

Sesi 2009/2010 Sesi 2009/2010

Merangkap mantan Bendahari sesi 2008/2009

Disahkan oleh :

MOHD AZHAN B UBAIDAH

Mas'ul G7

Sesi 2009/2010


*Portfolio ini telah diluluskan oleh MT G7 pada 1 NOVEMBER 2009

*risalah dalam talian tidak memerlukan tanda tangan



Sekian, wassalam...

[BENDAHARI G7 09/10]

[BENDAHARI G7 09/10]

ASSALAMU'ALAIKUM WBT..

MOHON PERHATIAN KPD NAMA-NAMA BERIKUT:


1. Adawiah

2. Amir ali

3. Nadiah hanim

4. Fikeri

5. Nisa'

6. Niza

7. Salehah

8. Norwani

9. Anas

10. C-la

11. Hairul nizam

12. Hirzi

13. Izny hanis

14. Isniza

15. Zawani

16. Hidayah

17. Azhan

18. Epul

19. Erni

20. Dayah pt

21. Kdin

22. Aida


Sahabat-sahabat y dimuliakan seperti nama-nama di atas, adalah dimaklumkan bahawa sahabat-sahabat BELUM menjelaskan yuran tahunan G7 bg tahun 2009 sebanyak RM40. Dengan itu, BENDAHARI berharap agar sahabat-sahabat dapat membuat bayaran tersebut dalam kadar SEGERA sebelum 31 Disember 2009 jam 11:59 pm bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Cara membuat bayaran adalah seperti berikut;

1) 'Bank-in' duit sebanyak RM40 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Sahaja) ke akaun berikut:

NO. AKAUN MAYBANK : 163064160817 (atas nama IDA) ATAU

NO. AKAUN BANK ISLAM : 160180201074 (atas nama IDA) ATAU

NO. AKAUN CIMB BANK : 03080012561528 (atas nama AZURA)

2) SMS/email/YM kepada IDA atau AZURA utk memaklumkan bhw anda telah bayaran. Maklumat pembayaran berikut diperlukan :

i) Tarikh membuat bayaran
ii) Nama bank
iii) Jumlah bayaran

3) Simpan slip 'bank-in' anda sebagai bukti pembayaran.

4) Bayaran juga boleh dibuat secara terus kpd IDA atau AZURA.

Sunday, November 22, 2009

Assalamualaikum wbt.

Meeting sulung tanzim G7 bersama Mas’ul dan Mas’ulah.

Masa: 9.00 am

Tempat: Restoran Syazana, Kg Baru, Kuala Lumpur.


Kehadiran:

Anas (Pengerusi majlis)

Azhan

Haniza

Hirzi

Hanis mastura

Zawani

Azura


Tidak hadir:

Hairul nizam (dengan sebab)

Amir (dengan sebab)

Aida

Hafizah

Hidayah


Meeting dimulakan dengan ummul kitab Al-fatihah oleh tuan pengerusi dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli g7 yang hadir. Meeting ini diadakan bagi membincangkan halatuju g7 bg sessi kali ini dan program2 yg akan dijalankan selain meraikan pemergian sahabat kita Hanis Mastura. Beliau akan menyambung pelajaran ke Leeds, UK selama 3tahun dan akan berangkat pada 28 november 2009. Semoga beliau selamat pergi dan pulang dgn gelaran Dr. Ameen.


Perkara @ agenda.


1. Halatuju dan objektif g7 (saudara Azhan)


G7 yg diterajui oleh saudara Azhan kali ini menitikberatkan perkara asas dalam jemaah iaitu UKHWAH. Jalinan yg sedia ada ini perlu dipertingkatkan kerana terdapat sedikit sebanyak kecacatan dlm berukhwah. Perselisihan paham setiap kali perjumpaan harus di’hazaf’kan sama skali. Kerana inilah yg akan menjadi barah dalam ukhwah sekaligus menjadi penyakit kepada jemaah. Ukhwah hendaklah dibina di atas satu landasan akidah yg sama dan dipertingkatkan dengan niat mendapat keredhaan Illahi. Program g7 selepas ini adalah berniat utk memperkukuhkan ukhwah, bukan menjadi medan penyebaran barah. Selepas setiap program, perlu diadakan slot muhasabah supaya tidak ada yg terasa hati dan memendam rasa.


Disamping itu, aspek tarbiyah tidak dilupakan oleh pimpinan kali ini dengan mewujudkan siri2 usrah dalaman mengikut ‘region’ (zon). Juga, setiap program g7 akan diselitkan slot ukhwah dan tarbiyah.


2. Ukhwah chain


Ukhwah chain (UC) akan diupdate dan diubah utk kemaslahatan bersama. Selain itu, ianya akan memudahkan UC sekiranya program region diadakan tanpa melibatkan UC region yg lain.


Ianya dibahagi kepada region

BORNEO (KETUA: DAYAH)

PANTAI TIMUR (KETUA: AZURA)

UTARA (KETUA : HANIZA)

CENTRAL (KETUA : AZHAN)

SELATAN (KETUA : HANIM)

LUAR KAWASAN (HANIS, FITRI, EPUL)


Senarai ahli yg berada di region2 berkenaan akan diupdate oleh SUKU (hairul dan aida)

Dan, kaedah UC terbaru akan diwar-war kan oleh SUKU dalam masa terdekat.


Masalah:

-Ahli g7 yg ‘mandom’ akan dipanggil semula untuk menentukan status mereka melalui SKIM PERGI ATAU KEMBALI.

-database medic g7 tiada (TINDAKAN : SUKU)


3. Program


-Gathering terdekat dicadangkan pada 28 Disember 2009. (TINDAKAN : SUKU)

-Usrah berkala mengikut region. Kekerapan usrah dibincangkan oleh sutra. (TINDAKAN : SUTRA)

-Program ‘service to public’ akan diadakan bagi memainkan peranan g7 terhadap masyarakat.

Tanggungjawab social ini menjadi satu langkah awal untuk menjadikan g7 sebagai NGO..(wahhh)

Cadangan untuk menghantar nasi bungkus dan sedikit pengisian ke Rumah Anak Yatim sekitar Selangor

-menganjurkan bengkel seperti “bengkel pengurusan kewangan”



Detail serta perincian akan diupdate dari masa ke semasa.


Regards,

S/U

Saturday, November 7, 2009

MODE :IKLAN...

"Darah qurban yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa kita yang telah lalu"


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tahun-tahun lepas, sekali lagi Jariah Agro Farm (JAF) (dahulunya bergerak tanpa syarikat) menjemput tuan-tuan, puan-puan untuk menyertai Skim Ibadah Qurban Jariah Agro Farm yang mana kami menawarkan haiwan qurban seperti lembu, kambing, biri-biri dan kini unta*.

Haiwan qurban boleh dibawa ke tempat tuan-tuan ataupun disembelih di tempat kami. Kami memberi pilihan kepada tuan-tuan yang mana daging qurban yang telah dilapah dan dibahagi kepada 7 bahagian diambil ditempat kami atau kami diamanahkan untuk mengagihkan daging tersebut ke rumah anak yatim dan fakir miskin sekitar Selangor.

Antara haiwan qurban dan harga yang kami tawarkan:

Lembu : RM 2300-Rm3000 seekor @ RM350 satu bahagian

Kambing : RM 630

Biri-biri : RM 630

Unta* : RM 4200 seekor @ RM 600 satu bahagian

*Unta hanya akan dijalankan di Bumi Anbiya' Mesir melalui wakil kami di sana. Gambar akan diberi kepada tuan-tuan sepanjang proses qurban.

Kami juga menerima tempahan qurban (kambing dan biri-biri) di Mesir sekiranya tuan-tuan berminat. Daging qurban akan diagihkan ke fakir miskin dan fi sabilillah di sana. Tahun depan insyallah Skim Ibadah Qurban JAF akan melebar ke Kemboja sebagai negara ke2 selepas Mesir Bumi Anbiya'. Sebarang pertanyaan sila hubungi Anas (013-2003482)





Sunday, October 11, 2009

Perlantikan Syukbah...Moga Ia Laksana KERANA ALLAH

Perlantikan Syukbah
Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Seindah dan segemersik syawal mendatang, semoga kita menjadi hamba dan insan yang beriman dan bertakwa kepada Nya. Amin.

Awal penubuhan G7 ialah sendirinya bermatlamatkan dan berkepentingan untuk membina dan menyatukan ukhwah-ukhwah pada diri setiap ahli. Dan dari semasa ke semasa, dari pimpinan yang baru ke pimpinan yang baru, objektif dan matlamat turut juga berubah dan bercambah dan berkembang dari satu ke satu yang lain, namun masih tetap dan kekal dalam memastikan ukhwah adalah perkara yang utama untuk diambil beratkan.

Dan begitulah juga pada pimpinan kali ini, untuk terus mengambil kira kemantapan ukhwah ahli adalah perkara utama yang masih lagi diberi perhatian mendalam untuk perhatian pimpinan dan ahli pada sesi kali ini. Pimpinan kali ini pada dasarnya kali ini setelah perbincangan yang jitu dan persis, hanya ingin mengambil dasar yang paling asas sekali, iaitu masih lagi ukhwah untuk dijadikan halatuju dan matlamat dalam menerajui G7 pada sesi kali ini. Walaubagaimanapun masih juga terdapat sedikit pembaharuan dan pengubahsuaian dari objektif-objektif yang terdahulu, dan diharapkan objektif dan hala tuju G7 sekali ini lebih jelas dan tepat pada setiap ahli, akan peranan diri dan masing-masing terhadap G7. Ini kerana G7 adalah untuk ukhwah dan ukhwah ini adalah sematanya KERANA ALLAH dan agamanya. InsyaAllah wa biiznillah.
p/s: harap maaf atas kelemahan dan kekurangan..kerna isi dan objektif masih lagi dalam penetapan dan perbincangan...
Berikut adalah senarai perlantikan setiap syukbah...semoga segala taklifan yang dibuat adalah datang daripada Allah dan kerana Allah. Yakinlah ia datangnya dari Allah dan di terima jua kerana Allah..insyaAllah..semoga kita mendapat rahmat dan berkat kerana nya. Semoga KERANA ALLAH jua kita bersama membawa G7 ke arah kejayaan..
Tanzim Generasi:

Mas’ul: azhan
Mas’ulah: haniza

Bendahari:
Ida dan azura

Setiausaha:
Anas dan Hanis Mastura (kiv)
SUKU: {pantauan bendahari dan timbalan}

Min: hairul (rais), khairuddin, yazid,
Mat: aida, zawani, adawiyah, ema, nisa saiman, intan

SUPI: {pantauan setiausaha dan timbalan}

Min: hirzi ( rais), Fikeri, epul,
Mat: hidayah ot, wani, isniza, fazilla, kema, erni, emmy

SUTRA: {pantauan mas’ulah}

Min: Amir (rais), Izny, fitri,
Mat: fizah, niza mizi, shailah, nadiah, yuslina, hidayah bakar, illani

*Setiap syukbah di minta untuk memberikan tanzim organisasi masing-masing mengikut kesesuaian rais yang memimpin
* membentangkan perancangan aktiviti yang dikira mudah dan mampu dilaksanakan lengkap beserta SWOT dan indikator-indikator kejayaan bagi setiap syukbah (2 minggu dari tarikh post)
*setiap aktiviti haruslah menetapkan pemantapan UKHWAH adalah yang utama
*andai ada nama terlepas pandang...mohon kemaafan dan minta di beritahu..untuk pembaikan..tq
Akhirul kalam...Aiwah.