Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 28, 2010

BANTUAN : Kos rawatan untuk ZALIFAHTUL HUSNA,G9

Assalamualaikum w.b.t...

Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر (متفق عليه)

“Perumpamaan kaum mukminin dalam kecintaan, kasih dan sayang mereka seperti permisalan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Muttafaqun ‘alaihi)


Ke hadapan sahabat2 G7 yg dikasihi krn ALLAH sekalian,adik kita Zalifahtul Husna (G9) memerlukan sedikit bantuan dlm menjalani rawatan lanjut berkenaan kecederaan kaki beliau di HUKM.Beliau diberi 2 pilihan rawatan:

1> pembelian suatu alat terapi yg dpt mem bantu pertumbuhan tulang

2> pembedahan kecil utk memasukkan simen antiobotik & external fixator

Kedua-dua kos rwtan melibatkan kos sekitar RM4k..sehubungan dgn itu,Husna lebih prefer pada rawatan pertama.

Dgn ini, saya memohon jasa baik sahabat2 sekalian agar dapat meringankan bantuan Husna dgn menyalurkan bantuan anda ke :


NO. AKAUN MAYBANK : 163064160817 (atas nama IDA)
NO. AKAUN MAYBANK : 164098547972 (atas nama HAFIZAH)

Atas nama : BANTUAN HUSNA G9 1/2010

Segala jasa baik,huluran bantuan dan doa' kalian semua hanya ALLAH sebaik2 Pemberi Ganjarannya...syukran(^__^)

Thursday, May 27, 2010

JEMPUTAN WALIMATUL URUS IZNY HANIS & HAFIZAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Assalamu'alaikum w.b.t..






Dengan penuh rasa kerendahan diri, berserta rasa syukur ke hadrat-Nya,kami dengan segala hormat dan penuh harapan menjemput anda,

keluarga G7

ke majlis kesyukuran serba sederhana bagi meraikan tautan dua hati di antara:



Izny Hanis Bin Zainon (G7)
dengan suri hatinya;
Norhafizah Binti Mohd Rashid (G7)


Pada:
5 Jun 2010 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1431H

(Sabtu)

Bertempat di teratak comel pengantin perempuan:

No.15,Jalan Klebang Prima 4,

Medan Klebang Prima,

31200 Chemor,Ipoh

Perak Darul Ridzuan.

Tentatif:

Jamuan makan: 12.00 t/hari hingga 4.00 ptg



Semoga dengan kehadiran antum semua dapat memeriahkan lagi majlis kami.InsyaALLAH, majlis di pihak lelaki pula bakal menyusul pada

7 Ogos 2010 di negeri Kedah nanti.mohon doanya agar majlis diberkati & dirahmati~


Turut mengundang:

Izny Hanis : 019-3213185

Hafizah : 019-4062229


**Maaf dipohon pada semua...tiada kad jemputan/peta..hu3..harapnya EnGoogle Maps dapat mmbantu perjalanan..sebenarnya fiza baru berpindah ke klebang prima.

Sunday, March 14, 2010

:: Mahligai Cinta HIRZI & AZURA :: 27 Rabi'ul Awal 1431H@13 Mac 2010

Saturday, March 6, 2010

KONVOI PERUTUSAN RAJA SEHARI HIRZI G7 DAN AZURA G7
TENTATIF:


12HB~
5.00 PTG : PULANG DARI KERJA
6.00 PTG : BERSIAP-SIAP
8.30 MLM : BERKUMPUL DI TERMINAL HENTIAN PUTRA (STAR Lrt)
9.00 MLM : BACAAB DOA NAIK KENDERAAN DAN BERTOLAK
12.00 MLM : BEREHAT DI GUA MUSANG

13HB~
6.00 PAGI : TIBA DAN SOLAT DI KOTA BHARU
7.OO PAGI : BEREHAT DAN BERSIAP-SIAP UTK MAJLIS AKAD NIKAH
9.00 PAGI : BERGERAK KE BACHOK (RUMAH PENGANTIN)
9.45 PAGI : TIBA DI RUMAH BAKAL PENGANTIN
10.00 PAGI : AKAD NIKAH
11.00 PAGI : JAMUAN MAKAN DAN BERGAMBAR LAH KOT
2.00 PTG : BERGERAK DARI RUMAH AZURA DAN HIRZI
3.00 PTG : SINGGAH SOLAT DI MASJID BERDEKATAN AREA RUMAH KAK MASNOR
4.00 MLM : TIBA DI KENDURI KAK MASNOR
5.00 MLM : BERGERAK PULANG KE BANDAR KOTA BHARU
6.00 MLM : AMBIL SAHABAT DI PERHENTIAN BAS
7.00 MLM : SOLAT MAGRIB DAN PENGISIAN RINGKAS
9.00 MLM : AKTIVITI BEBAS..


PESERTA KONVOI:
BILANGAN KERETA : 2 buah
BILANGAN PESERTA : 9 org

MAKLUMAT PERJALANAN:

(MENGIKUT SUMBER TAK RASMI DAN PENGALAMAN SEMASA)
~JARAK MASA PERJALANAN KUALA LUMPUR KE KOTA BHARU ADALAH = 6@7@8 JAM BERGANTUNG KEPADA CARA PEMANDUAN.

MAKLUMAT GOOGLE MAPS: 7 JAM 13 MINIT
~JARAK KILOMETER: ADALAH 437 KM

PANDUAN PERJALANAN:

GOMBAK -> BENTONG -> RAUB -> KUALA LIPIS -> LIPIS -> GUA MUSANG -> KUALA KRAI -> MACHANG -> KETEREH -> PASIR MAS -> KOTA BHARU.

BUDGET:
SEHALA:
TOL = RM 3 + RM 5
MINYAK = RM 100 ++ KOT…LEBEH MASUK DUIT PENGANJUR..KEH3X

Tuesday, February 9, 2010


Assalamu'alaikum.....


Kami dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian ke Majlis Perkahwinan kami pada 13 MAC 2010 (RUMAH AZURA) dan 14 MAC 2010 (RUMAH HIRZI).


Untuk makluman sahabat semua:

13 Mac 2010 (Sabtu)

10.00pg: Majlis Akad Nikah(Masjid Bachok)

12.00 tgh:Resepsi kt Dewan Tengku Anis Bachok

14.Mac 2010

12.00 tgh:Resepsi umah hirzi(Pasir Puteh Kelantan)
Kehadiran sahabat-sahabat g7 sekalian sangat-sangat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Majlis kami berdua.
Syukran...
Turut mengundang:
Azura (019 3667617)
hirzi (019 4441002)
seisi keluarga

Sunday, January 10, 2010

ISU KALIMAH ALLAH-SATU KAJIAN...(satu perkongsian)

Assalamualaikum...
Isu tuntutan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian semakin hangat dibincangkan. ia bermula apabila Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah suci ini dalam penerbitan mereka. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan ulasan terhadap isu ini. ada yang menyokong serta ada pula yang tidak bersetuju sama sekali kalimah suci ini digunakan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam.Perselisihan pendapat bukan sahaja berlaku dikalangan masyarakat, bahkan melibatkan sarjana kedua agama terbesar di dunia hari ini iaitu Islam dan Kristian. Justeru, artikel kecil ini cuba sedaya upaya mungkin untuk menekuni permasalahan ini dengan berpandukan kepada dalil-dalil dan maslahat setempat.diterang dalil dan hujah secara detail dari pihak yang menyokong dan membantah orang non-muslim menggunakan kalimah Allah.untuk penjelasan lebih lanjut,

Wednesday, December 23, 2009

PEMBETULAN AKAUN CIMB

[BENDAHARI G7 09/10]

ASSALAMU'ALAIKUM WBT

Mohon maaf kpd sahabat2 semua, dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan terhadap akaun CIMB terdahulu. Akaun CIMB yg sebenar adalah seperti berikut;

CIMB BANK 02080066929520 (atas nama AZURA MOHAMAD)

Akaun terdahulu adalah akaun mak AZURA..

Mohon maaf atas kesulitan yg berlaku..

wasssalam..